Friday, July 10, 2009

Motivasi merupakan minyak yang menjadi pembakar semangat kepada hati manusia di kala ia lemah. Ia datang dari orang lain atau dari dalam diri sendiri, bergantung bagaimana kita memperolehinya.

Aku diuji dan diuji sehingga kini, menjadikan diriku menghargai setiap motivasi yang boleh aku cari. Melihat keadaan orang lain yang seolah-olah lebih baik dari keadaanku, menajdikan aku makin lemah.

Namun, sesekali aku berundur ke belakang. Aku berfikir seketika akan kehidupan ini. Aku ingin keluar dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dengan itu, timbul satu semangat baru... semangat untuk merubah keadaan!