Adakalanya perkara yang menghalang kita untuk mengubah keadaan ialah diri kita sendiri. Apabila kita memikirkan 'tidak boleh', 'tidak dapat' atau 'tidak ada guna berbuat...' menjadikan diri kita terhalang daripada berusaha untuk mengubah keadaan kita sekarang yang kurang menggembirakan.

Aku teringat kata-kata kawanku minggu lalu tatkala dia menelefon aku semasa aku. 'Cubalah, kalau tak dapat pun at least kita dah cuba!'. Benar kata dia. Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang tak terbuat sebab kita sudah merasakan tidak boleh dan langsung tidak mencubanya.

Ada kata-kata yang membawa makna yang serupa : 'Jika kita tidak mencuba, kita akan gagal sama sekali' dan 'if we did not try, we will miss 100%!'

Oleh itu, perlulah diri ini melawan 'kata-kata' yang terngiang di dalam kepala itu. Allah pun menyuruh kita berusaha dahulu, sebab kita hanya mampu untuk berusaha, hasilnya semuanya di tanganNya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany