Petang tadi aku melihat ke arah langit. Matahari mula nak terbenam. Aku nak berbuka. Aku pun mengadu kepada pencipta langit perihal diriku yang diuji dengan berjauhan ini. Tidak lama selepas aku selesai maghrib, aku ditemukan dengan seorang remaja. Dia begitu bersusah payah untuk hidup.

Pagi hingga petang dia bekerja di stesen minyak. Selepas itu dia terus ke restoran di sebuah medan selera lalu bekerja di sana. Jam 12 malam baru balik ke rumah keletihan. Esok kena sambung lagi. Itu dilakukannya setiap hari. Dia berbuat demikian kerana kelulusannya tidak berapa elok dipandang.

Bukan itu sahaja. Ada beberapa lagi kisah hidup yang tiba-tiba terlintas kembali dalam fikiranku...

Aku ada mengenali seseorang yang siang hari mengajar secara 'part-time'. Petang dia pergi bekerja sebagai penjual apam-balik di pasar malam. Semua dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, kerana dia meletakkan hari itu sebagai hari untuk bekerja untuk islam.

Ada pula seorang itu, yang merupakan saudara sedarah yang agak jauh. Dia bekerja di stesen minyak. Dia pernah ke Utara untuk mencari rezeki, tetapi gagal. Dia pernah ke Selatan, pun masih gagal. Begitu banyak kerja yang dia cuba, sehinggakan dia bekerja kembali di stesen minyak yang sama. Aku sudah agak lama tidak menghubungi dia.

Aku menemui seorang lagi di stesen minyak Shell suatu ketika dahulu. Dia hanya memiliki sijil politeknik. Dia dah minta di banyak tempat, namun tidak berjaya. Dia kemudian bertukar menjadi penjaga cyber cafe. Kemudian dia letih lalu kembali ke kampung untuk beberapa ketika. Kemudian dia mencari kerja lagi dan sekarang bekerja di kilang papan.

Melihatkan keadaan mereka seolah-olah menegur diriku sendiri yang kekadang mengadu ke langit berkenaan keadaan diriku yang seolah-olah paling teruk sekali (kerana berjauhan dengan keluarga).

Teringat kepada kata seorang kawan "Tau tak, kalau kita rasa hidup kita ni teruk, orang lain lagi teruk, malah mereka mungkin mengharap supaya hidup mereka jadi macam kita."

Comments

Popular posts from this blog

Germany