Fikirkan positif!

Apabila kita memikirkan negatif, seolah-olah kita meminta lebih banyak negatif ke atas kita. Contohnya, tatkala kita menghadapi satu masalah, kita mula merasa marah. Kemudian bermacam-macam benda negatif terlintas dalam fikiran kita. Lama-lama kita rasa makin marah dan tak teringat langsung untuk memohon supaya Dia mengeluarkan kita dari masalah itu.

Bila kita mula memikirkan yang positif, kita akan dapati benda-benda positif mula mendekati kita. Kita akan kurang marah. Malah, hari itu akan jadi lebih bersemangat! Tambahan pula, kita akan dapat bersabar dan memohon pertolongan-Nya!

Aku cuba berbuat sedemikian ... iaitu cuba selalu berfikir positif!

Comments

Popular posts from this blog

Germany