Malam ini telah berlaku satu peristiwa besar dalam kehidupan remaja di btu. Malam ini hujan turun amat lebat sekali. Sangat lebat sehinggakan sukar keretaku untuk dipandu.

Si ZD mengamuk. Dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Selama ini dia tidak puas hati akan tindakan dan keputusanku terhadapnya. Dia rasa amat kecil hati kerana aku menyoal tujuan dan halatuju aktiviti yang dia nak buat.

Aku sangat terkejut. Rakan-rakan dia pun terkejut. Aku sangka selama ini dia memahami bahawa apa yang dibuat untuk membentuk dia, tetapi dia tidak sabar dan barangkali kurang memahaminya.

Si ZD terus keluar selepas perjumpaan malam itu selesai. Dia terus memacu motornya meredah hujan yang amat lebat itu.

Hujan turun dengan lebatnya. Sangat lebat malam itu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany