Tadi pergi ke Pusrawi. Doktor kata isteriku kena admit ke hospital tengah hari esok.

Hmm, bila diingatkan kembali, banyak dah Allah permudahkan aku dan isteriku. At least, aku berada bersama isteriku dalam saat-saat sebegini.

Teringat aku akan tazkirah yang diberikan oleh seorang akh semasa aku di bintulu :

"Kalau kita sibuk dengan kerja Allah, Dia akan permudahkan urusan dunia kita. Sebabnya ... segala benda dalam dunia ini adalah bawah urusan Dia. Kalau kita nak sangat 'ambil alih' tugasan Dia, maka Dia akan BERIKAN kepada kita! Kalau kita nak sibuk dengan famili, Dia akan sibukkan kita dengan famili ... anak kita selalu sakit, duit tak cukup-cukup, isteri meragam, dan macam-macam masalah lagi, sehingga kita tak ada masa untuk kerja di jalan-Nya!

Begitu juga kalau kita nak sibuk dengan kerja .. Dia akan sibukkan kita. Projek tak siap, projek ada problem, bos minta itu ini, kawan sekerja tikam kita, dan macam-macam masalah kerja, sehingga kita tak ada masa untuk kerja di jalan-Nya!

Siapa yang rugi? Kita atau Dia???!!

Pastinya kita yang RUGI!!!"

Sungguh menakutkan bila teringatkan akan hal ini. Dan ia berlaku di depan mataku sendiri. Seorang akh yang sibuk dengan famili dengan alasan untuk famili akhirnya sibuk dengan famili dan tidak lagi kelihatan dia dalam kegiatan islam di sini. Moga Allah ampuni dosa dia. Amiin.

Moga Allah tsabatkan hati ini dan hati saudaraku yang lain. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany