Akhirnya penghawa dingin di madrasah dah dibaiki. Dahulu aku baiki soket dan sambungan ke contactor untuk menghidupkan alat itu, tapi aku dapati penghawa dingin masih panas.

Alhamdulillah, tuhan telah hantarkan orang dan penghawa dingin itu dibaiki. Sungguh nyaman sekarang. Jadi, bilik yang ada penghawa dingin dapat digunakan untuk aktiviti remaja di sini.

Tambahan pula, baru-baru ini dapat kebenaran untuk menggunakan satu bilik yang tidak digunakan sebagai pusat aktiviti remaja di sini. Selangkah lagi kepada remaja di sini. Moga mereka lebih mantap daripada dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany