Hari ini pergi kelas antenatal. Kelas ini berkenaan persiapan ibu mengandung, juga semasa melahirkan anak dan juga selepasnya.

Banyak ilmu menarik daripada kelas ini. Antaranya ialah, ibu kena minum 8 gelas sehari untuk membentuk susu dan menggantikan air yang hilang masa lahirkan anak, tak seperti yang di'claim' oleh orang tradisi yang mana minum air banyak menyebabkan kembung. Juga satu lagi, anak perlu minum susu ibu sebaik lahir. Susu ibu yang baru keluar tu sangat tinggi khasiatnya, bukan 'susu basi' (disebabkan warnanya yang tidak putih) seperti kata orang tua.

Selepas itu aku singgah di rumah kawan isteriku. Di situ terjumpa en. Sharil-san. Lama betul tidak berjumpa dengannya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany