Husna dah makin berisi. Pipinya sudah gebu. Comelnya rasa hatiku. Dia adalah anugerah Tuhan yang sangat aku syukuri.

Husna masih menangis di tengah malam. Jam 1am ke atas, dia akan terjaga, dengan mata yang terkebil-kebil sebentar, lalu membuat bunyi yang comel lalu menangis sekuat hatinya. Dia akan senyap bila disusui. Kekadang perlu diperiksa sama ada dia buang air atau tidak, kerana lampin yang basah atau kotor menjadikan Husna kurang selesa.

Pengalaman ini hanya dapat kurasai dua minggu sekali, dan setiap kali berjumpa hanya dua malam satu hari. Hanya Allah yang memberikan kesabaran kepada hatiku dan isteriku dan juga Dialah yang menjaga Husna.

Namun, aku harus kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar semua ujian ini dapat dilalui dengan tenang dan mudah. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany