Semalam aku berqiyam dengan remaja. 9pm lebih aku tiba di madrasah bersama Is. Masa tu bilik mesyuarat masih gelap. Lampu tak bernyala. Aku cuba repair. Aku dapati circuit dari switchboard tak ada current. Hmm .. kena sambung hari esok, bila dah siang.

Jadi kami semua tidur di bilik lain di madrasah tu. Kali ni Kamal remaja ada, dan bilangan agak ramai, 14 orang. Syukurlah. Walaupun hujan di luar sana, mereka masih nak datang. Malah bawa kerja sekolah dan buat bersama-sama.

Esok pagi, kamal bangunkan semua kawan-kawan dia. 430am. Kali ni sangat mengejutkan. Semua solat malam. Ada yang dua rakaat. Ada yang lebih. Selepas itu subuh beramai-ramai di surau. Lebih ramai dari orang tua di sana.

Kami bergotong royong selepas itu. Mula-mula di masjid, menyusun kerusi untuk program masjid esok. Begitu pantas. Sekejap sahaja siap, dengan tenaga 14 orang itu. Selepas itu gotong royong di madrasah sendiri. Tenaga yang ramai sebegini sememangnya banyak membantu kerja islam di sini dan di mana-mana. Cuma ramai yang lebih menumpu untuk membuat program besar berbanding dengan membina tenaga.

Selepas itu semua bersurai. Semua balik sendiri. Tak perlu hantar.

Comments

Popular posts from this blog

Germany