Semakin hari semakin dekat dengat EDD (expected due date) anak aku dan isteriku. Seronok ada. Risau ada. Macam-macam perasaan juga. Ini kali pertama lalui peristiwa sebegini. Hatiku banyak berdoa kepada Allah. Hatiku hanya berserah kepada Allah untuk semua ini, supaya ia berjalan dengan selamat dan rahmat.

Bila memikirkan pasal anak, ia adalah satu anugerah Tuhan yang maha besar. Tak semua orang dapat anugerah ini. Ramai yang telah bersusah payah, tapi Dia tidak memberikan kepada mereka. Aku berharap dan berdoa agar anakku ini menjadi antara hambaNya yang soleh dan musleh dan menjadi orang yang mengubah dunia ini menjadi apa yang sepatutnya iaitu bernaung di bawah sinar cahaya islam.

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany