Teringat ...

Dahulu aku tidak berapa faham, mengapa orang yang nak buat kerja islam kena baca ma'thurat setiap hari pagi petang, solat dhuha tidak miss, subuh di masjid, solat lain juga di masjid berjemaah, membaca al-quran setiap hari dan bermacam-macam lagi amalan sunat yang tidak biasa dibuat oleh kebanyakan orang, hatta orang yang selalu membuat kerja islam sendiri ...

... walaupun hakikatnya amalan itu sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan!

Ini kerana ... perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan kata-kata seseorang itu masuk ke hati manusia lalu meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi sebab petugas kerja islam mendapat bantuan daripadaNya.

Namun, seperti yang aku kata, amat sedikit orang yang menjaga amalan mereka, malah mengabaikannya. Lepas tu, mereka merungut-rungut kerana usaha mereka tidak ada hasil ... masyarakat makin rosak ... anak buah tidak menjadi ... dan macam-macam rungutan lagi.

Wah. Satu peringatan buat diri yang memiliki hati yang berbolak-balik!

Tetapkanlah hati kami. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany