Di waktu pagi yang hening, kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah.

Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja.

Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat kerja.

Orang yang tidak ada kerja, melepak atau ke sana ke mari mencari dan membuat kerja di sana sini.

Di waktu petang atau tengah hari, mereka semua akan pulang ke rumah. Selepas itu membuat hal-hal sendiri sehingga mereka tidur. Esok harinya ....

..... kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah.

Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja.

Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat kerja.

Orang yang tidak ada kerja, melepak atau ke sana ke mari mencari dan membuat kerja di sana sini.

Di waktu petang atau tengah hari, mereka semua akan pulang ke rumah. Selepas itu membuat hal-hal sendiri sehingga mereka tidur.

...... sungguh membosankan. Barangkali itu yang dilihat oleh bumi ini terhadap kita. Kita tidak membuat apa-apa perubahan terhadap dunia ini dan sibuk dengan kehidupan kita sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Germany