Tadi berdiskusi berdua sahaja dengan ARAR. Orang lain tak datang. Sibuk. Pergi course.

Tidak apa, aku teruskan sahaja diskusi walaupun berdua. ARAR amat commit bila diajak qiam, diskusi. Moga Allah memantapkan kefahaman dan keyakinan dia untuk bersungguh-sungguh di jalan ini.

Selepas itu aku ke pasar. Berjumpa dengan anak buah yang bekerja di pasar, mengumpul duit untuk belajar dan pergi tahfiz. Setiap hari dia bekerja dari jam 4 petang hingga 11 malam. Aku risau takut-takut dia leka dengan kerjanya di pasar. Namun, setelah berborak dengannya, aku mendapati semangatnya masih kuat. Dia ingin pergi ke diskusi remaja buat kali terakhir sebelum dia ke Semenanjung untuk belajar tahfiz.

Hmmm ... moga orang-orang ini berkekalan di jalan ini, dan menjadi lebih mantap dari hari ini! Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany