Tadi masa nak balik aku perasan poster di tepi jalan. Ia berkenaan "Jenayah Perang". Satu pameran yang menarik. Barangkali ia akan menyedarkan masyarakat bahawa di luar sana ramai orang berada dalam kesusahan perang. Malang lagi, hampir kesemuanya adalah umat kita sendiri, umat islam.

Antaranya, di Lubnan, israel laknatullah telah menggunakan senjata Depleted Uranium (DU) di sana yang menyebabkan tanah Lubnan menjadi beradiasi dan menjadikan fetus-fetus orang lubnan cacat dan dalam masa beberapa tahun akan datang, generasi baru di Lubnan akan terdiri dari orang-orang cacat. Amat keji ... kan?

Tapi, setelah melihat dan menjiwai keadaan umat islam yang dianiayai dan diseksa, apa yang boleh kita buat?

Atau kita merasakan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa? Adakah cukup begitu?

Ada caranya. Rasulullah pernah berbuat sesuatu yang akhirnya mengubah dunia. Kajilah sirah dan belajarlah dari yang telah memahaminya. Dan akhirnya bersungguh-sungguhlah untuk mengubah dunia dengan apa yang kita yakini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany