Aku tidak mahu rasa sedih dengan apa yang tuhanku berikan kepadaku. Namun, kekadang aku rasa sedih. Kekadang aku tukar rasa sedih itu kepada kemarahan terhadap makhluk di sekelilingku, walaupun makhluk itu tidak bersalah.

Selama ini, aku diberi begitu banyak kelebihan dan kebaikan sehinggakan aku merasakan segala apa yang ada dalam hidup ini indah sekali. Akan tetapi, semua itu Dia ambil dan Dia uji aku dengan ujian ini. Kekadang aku lupa akan kesakitan ujian itu, tapi tatkala aku sedar akan ujian itu, begitu sakit jiwa ini.

Aku ingin menangis sepuas-puas hati, namun aku tidak berbuat demikian. Aku merasakan bahawa aku dikuasai oleh orang lain dan masa depanku amat kelam dan aku amat benci akan 'orang lain' itu.

Ah ... jangan begitu. Jangan begitu.

Tuhan mendengar rintihan hatiku. Dia sentiasa melihatku di mana aku berada. Barangkali saat kesedihan dan kesakitan ini akan berakhir. Sedikit sahaja lagi. Barangkali sedikit sahaja lagi...

Bersabarlah.

Setiap kesusahan di sampingnya ada kemudahan.

Comments

Popular posts from this blog

Germany