Hari ini aku dan anak buahku masuk ke satu kawasan baru yang mana kami menemui air terjun yang sungguh indah dan menarik. Tak sangka di btu ada tempat menarik sebegini.

Kami berkumpul di masjid Hidayah. 10 dari kg Baru, 7 dari Kg Syakirin dan 6 dari Kidurong. Wah, agak ramai yang ikut kali ini. Kami terus ke tempat itu. Semua kenderaan berhenti berdekatan dengan orang yang tengah buat Hashing. Lepas tu semua berjalan ke tempat yang dituju.

Sebenarnya kami tak tahu ada air terjun atau tidak, melainkan mendengar khabar orang sekeliling. Setelah berjalan melalui kampung (barangkali orang iban) dan sedikit kawasan hutan, kami menemui air terjun yang amat cantik. Anak buahku sangat gembira. Setelah mendengar tazkirah, mereka terjun ke dalam air, ibarat itik tak jumpa air. Mereka amat seronok.

Tempat itu ramai yang tidak tahu, termasuk orang tempatan, walaupun dah lama hidup di btu.

Hmm ... satu pengajaran yang boleh aku ambil ... kekadang kita terlalu terkongkong dengan dunia kita ibarat katak bawah tempurung, dan tidak mahu mengambil tahu sekeliling. Maka, kita mungkin terlepas peluang, atau mungkin juga kita tidak tahu ada bahaya besar yang sedang datang.

Comments

Popular posts from this blog

Germany