Syarikat ini telah menzalimi ramai orang, dengan menaburkan janji manis yang akhirnya menyebabkan ramai kecewa dan sesetengahnya menderita.

Aku mulanya tidak terasa sehinggalah aku mengetahui ada yang menderita disebabkan perbuatan mereka ini.

Itu tidak termasuk perbuatan mereka terhadap golongan bukan pegawai.

Aku mendongak ke atas dan memikirkan, apa sebenarnya dalam kepala mereka yang berada di Kuala Lumpur sana? Adakah mereka memiliki hati dan perasaan atau sekurang-kurangnya sifat kasihan atau perikemanusiaan?

Pada masa yang sama seorang yang soleh sudah keluar meninggalkan syarikat ini. Kehi
langannya tidak terasa bagi kebanyakan orang ibarat angin yang berlalu, namun barangkali bangunana dan tiang penyejuk utama menangis kesedihan.

Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku bila ramai lagi orang soleh meninggalkan syarikat ini.

Adakah ini persediaan ke arah kehancuran syarikat ini, sebagaimana yang telah berlaku terhadap kebanyakan syarikat besar di bumi tercinta ini?

Hanya tunggu dan lihat keputusan yang diberikan.

Hanya tunggu dan lihat?

Comments

Popular posts from this blog

Germany