Ah. Leganya.

Hampir-hampir timbul pergeseran antara aku dengan teman seperjuanganku di sini. Rupanya tidak. Tuhan amat menjaga hambanya dan dakwahnya. Kusangka dia terasa apabila aku terkasar sedikit dengannya. Aku takut apa yang menimpa ZD, terkena kepadanya.

Akhir-akhir ini permusuhan wujud akibat perasaan hati yang dipenuhi marah dan kecewa, tidak kira dari kalangan orang tua yang memimpin dan orang muda yang menurutinya.

"Tak guna ana marah. Tak ada manfaat pun", itu ujar teman seperjuanganku itu. Dia hanya tidak stabil buat seketika.

Kini ... dia memacu kudanya menerobosi tembok-tembok musuh dan melepasi segala cabaran di hadapan.

Aku pun mahu berbuat serupa...!

Comments

Popular posts from this blog

Germany