Hari ini agak meletihkan. Hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi.

Siang tadi remaja bintulu telah menjayakan program kelas muttaqun. Alhamdulillah. Sahabat dari luar bintulu datang dan menyertai aktiviti ini. Seronok betul wajah mereka melihatkan kegembiraan dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, yang merupakan remaja. Aku merasakan seolah suasana remaja membuat aktiviti untuk remaja lain, tanpa berharap banyak kepada orang tua dan dewasa .. hampir tercapai. Cuma kena perkemaskan lagi dan mantapkan lagi.

Program ini pernah dibuat suatu ketika dahulu oleh generasi awal. Ketika itu ia amat padat, penuh dengan aktiviti dan pengisian akademik yang komprehensif. Banyak cerita dan kisah yang hebat diceritakan oleh bekas pelajar dan orang tempatan. Aku sendiri kagum. Namun ... aku terasa sayang dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Program itu terhenti. Seolah-olah fasilitator dan pengurus aktiviti hilang dari bumi bintulu ini dan remaja terpinga-pinga tidak tahu apa yang hendak dibuat seterusnya. Namun, ia tidak begitu. Kebanyakan fasilitator masih ada jasadnya di sini. Cuma bila ditanyai mereka, jawapan yang diberikan adalah cerita-cerita lama yang dibanggakan oleh mereka. Mereka tidak menjawab persoalan, mengapa ia terhenti ....

Itu kisah lampau yang sudah berlalu. Alhamdulillah, Tuhan masih sayang remaja di sini. Dia telah memudahkan proses untuk menghidupkan semula mereka dan program ini. Aku sangat berharap agar mereka memahami dan menjiwai paradigma islam yang sebenar dan seterusnya berterusan dalam kerja islam di sini dan di mana-mana.

Hujan berhenti petang tadi. Aku dah pening-pening dan selsema pula.

Benar seperti kata seorang akh : "Kita adalah roh baru yang mengalir dalam jasad ummat!"

Comments

Popular posts from this blog

Germany