Sesekali bila melihatkan kepada nikmat-nikmat yang Tuhan telah berikan kepadaku, aku terasa amat terharu dan sanga-sangat bersyukur kepadaNya. Terasa juga malu kerana sering merungut kepadaNya akan nikmat-nikmat lain yang masih belum aku perolehi.

Mengenangkan pengetahuan, kemahiran dan perkakasan yang aku miliki ... juga mengenangkan Aishah Husna yang sangat comel lagi pandai ... juga mengenangkan kegiatan kerja islam yang aku sedang dilibatkan sekarang ... juga mengenangkan keluargaku yang amat aman dan tenang ... terasa seharusnya diriku bersyukur teramat sangat kepadaNya.

Ampunilah aku wahai Tuhanku. Aku memohon ampun daripadaMu atas segala kesalahanku.

Comments

Popular posts from this blog

Germany