Semalam aku balik naik bas dari LCCT ke KL. Semasa melalui bandar kuala lumpur, suasana sudah gelap. Ketika itu aku teringat keadaan aku pada tahun 2004 dahulu. Masa itu di tengah kegelapan malam, aku menumpang pajero Fir utk ke halaqah dan pulang.

Masa itu adalah saat transisi aku dari alam belajar ke alam pekerjaan. Masa itu juga diriku diuji dengan ujian yang agak berat sehinggakan jiwaku kurang stabil. Alhamdulillah, Dia selamatkan aku. Aku dihantar ke satu kawasan yang mana suasananya seperti Aussie dahulu. Bukan itu sahaja, Dia permudahkan aku dalam medan baru aku itu.

Kini dua tahun berlalu. Aku di sini, di bumi borneo ini ... sedikit demi sedikit mengerti akan realiti umat ini dan realiti kerja islam ini. Sedikit demi sedikit aku mendapati bahawa sebenarnya aku adalah sebahagian dari arus yang besar yang akan meruntuhkan jahiliyah dan menegakkan kembali islam sebagaimana dahulunya.

Moga aku dan sahabatku tsabat di jalan yang kami telah pilih ini.Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany