Hari ini ber'jungle trekking' di tepi tanjung batu. Aku, Mizi, Zul dan Mos masuk ke tempat trekking yang sering dilalui oleh orang cina di sini. Terkejut juga bila aku mengetahui Mizi dan yang lain belum pernah masuk ke tempat trekking itu!

Aku ajak ramai orang, tapi ini sahaja yang datang. Hmm, tuhan mengujiku dengan orang yang sedikit apabila Dia mengajarku cara untuk berdepan dengan situasi sebegini.

30 minit sahaja kami dah habis satu pusingan trekking. Kami ambil laluan paling pendek, sebagai warming up untuk sesi akan datang yang lagi jauh.

Kehidupan itu juga sedemikian. Tuhan menguji kita sedikit demi sedikit supaya kita bersedia untuk menghadapi tugasan yang lebih berat. Tuhan itu amat Penyayang dan Pemurah lagi Memahami.

Comments

Popular posts from this blog

Germany