Tadi aku bersama KAI dan MFI menyiasat berkenaan janakuasa 4020. Mula-mula KAI dan MFI yang menyiasat kerana aku pergi mendengar pembentangan di auditorium loji.

Setelah makan tengahari, aku membantu KAI. Sehingga petang, hampir dapat penyelesaian dan pagi esok mereka nak buat beberapa ujian terhadap janakuasa 4020 tu sebelum jalankan ia sepenuhnya.

Namun, sepanjang hari tadi, tiada orang peduli apa yang KAI, MFI dan aku buat. Bos dan Pakar-pakar teknikal tidak membantu langsung, kecuali seorang. Aku melihat KAI dan MFI bertungkus-lumus sepanjang hari, tetapi tiada orang yang peduli, terutamanya yang berpangkat tinggi.

Kasihan.

Lain pula dengan kerja islam. Dia sentiasa memerhatikan hambaNya yang membuat kerjaNya. Selalunya orang yang buat kerja islam tidak disedari oleh kebanyakan orang tetapi orang-orang sebeginilah yang lebih besar nilainya di sisi Tuhannya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany