Minggu ini merupakan minggu yang begitu menggembirakan. Aku melihat keletah Husna setiap hari. Husna asyik menyebut "abi .. jom" , "abi ... nak" , "abi ... ikut", "abi ... mamam (makan)", "abi ... bukak".

Husna berinteraksi denganku begitu mesra sekali. Aku merasakan kali ini seperti ayahnya, tidak seperti yang aku alami pada masa lalu. Mungkin ini kesan aku berada di sisinya untuk tempoh yang lama. Memang agak lama berbanding biasa (bukan 2 minggu tiada dan sehari lebih ada).

Anak amat perlukan kasih sayang ibu dan bapanya. Kurang seorang, mungkin tidak sempurna dan mungkin juga merencat perkembangan jiwanya. Aku mengharapkan mereka memahami akan hakikat ini, tetapi tidak terjadi sama sekali.

Untuk itu, aku mencuba untuk mengisi masa yang ada ini untuk menjadi ayah ... atau abi kepada Husna. Moga Tuhan memperkenankan doaku untuk menjadi ayahnya yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Germany