Dunia hari ini menantikan islam untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka meraung-raung meminta bantuan di atas kesengsaraan yang mereka ciptakan sendiri.

Dahulu komunisme dan sosialisme ranap dan menjadikan kuasa dunia yang memegang prinsip itu berpecah-pecah.

Kini tiba kapitalisme dan pemegangnya di ambang kejatuhan. Hanya beberapa talian hayat yang masih menyambung nyawa mereka itu ...

Mereka masih memeras negara islam miskin dengan bunga-bunga atau interest yang telah mereka tanam melalui 'bantuan' yang mereka berikan suatu ketika dahulu. Kemudian, mereka masih menikmati manfaat daripada wang mereka yang menjadi matawang dunia dan mereka mendapat sokongan dari negara-negara minyak yang diduduki dan diketuai orang islam!

Wahai pemuda dan pemudi yang dikasihi. Sedikit sahaja lagi. Marilah kita berusaha untuk meninggikan kalimah Ilahi yang mulia ini supaya dunia kita menikmati keindahan, keadilan dan kesejahteraan yang dibawah olehNya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany