Dalam melakukan kerja seharian di pejabat atau kilang, kita akan pastikan jalan kerja kita tersusun supaya masa dapat digunakan secara optimum dan segala sumber dimanfaatkan untuk mencapai matlamat syarikat yang selalunya ke arah menjadikan syarikat mendapat keuntungan yang besar dan menjadi pemain utama dalam industri atau bidang syarikat itu.

Namun, perkara ini kita jarang atau tidak langsung terjemahkan dalam kerja islam. Ditambah dengan serangan musuh islam yang begitu sistematik dan bersungguh-sungguh!

Itu belum kira pergolakan dalaman dan luaran pada kumpulan islam yang tidak patut berlaku.

Jadi, hendaklah kita memikir dan merenung kembali apa yang telah kita buat selama ini. Kalau kita sekadar pekerja, pasti ada peningkatan yang boleh kita lakukan kepada kumpulan kita. Apatah lagi kalau kita seorang yang memegang tanggungjawab tertentu dalam kumpulan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany