Tadi aku hampir hilang pas kerjaku. Puas aku mencarinya. Terbayang aku akan membayar denda dan membuat laporan polis akibat kehilangan itu.

Aku berserah sahaja kepadaNya. Terus aku pergi ke rumah pengawal utama lalu bertanyakan berkenaan apa yang harus dibuat bila pas kerja hilang. Sajan Mejar itu memandangku sekejap.

'Cuba pergi ke pintu pengawal untuk kontraktor. Barangkali ada di sana. Tadi saya ada dengar kontraktor jumpa pas staf'

Aku ke sana. Alhamdulillah, jumpa pas kerjaku kembali.

Secara tidak sedar, aku berusaha dahulu baru meminta bantuanNya. Itu seolah reaksi seorang manusia. Ya, manusia cenderung untuk percaya bahawa mereka boleh melakukannya disebabkan oleh kelebihan yang ada pada dirinya, walhal Tuhanlah yang menjadikannya boleh berlaku.

Barangkali itulah yang dimaksudkan dalam surah al alaq ayat 6 hingga 8 ...

Comments

Popular posts from this blog

Germany