Jumaat malam aku menaiki bas dari perhentian bas ekspres btu. Aku bersama YHY dan UAS berkumpul selesai kami solat isyak.

Wah! Ini pertama kali aku menaiki bas begitu jauh di borneo ini. Aku membeli burger sebagai santapan sahur nanti. Entah di mana kami akan bersahur.

Bas bertolak jam 830 lebih sedikit. Aku melihat bas itu meluncur ke dalam kegelapan. Aku tertidur. UAS yang duduk di hadapan berbual dengan orang bidayuh kristian. Barangkali ingin dia cuba dakwahkan atau sampaikan sesuatu. Atau sekadar berkongsi pengalaman.

Bas itu berhenti-henti. Di selangau. Di sibu. Di sri aman. Aku sedar tidak sedar. Di serian aku dikejutkan untuk bersahur. Bas berhenti agak lama di sri aman kerana drivernya makan. Sememangnya setiap bas ada tempat perhentiannya. Di situ driver diberi makan dan kadangkala rokok kerana membawa begitu banyak pelanggan. Kami makan burger yang dibeli. Tidak berani untuk makan kerana kami takut masakan dan makanan mereka bercampur walaupun begitu besar tanda ditanggung halal ditampal di situ.

Perjalanan diteruskan. Tiba di kuching waktu awal subuh. UA menyambut ketibaan kami dengan mesra.

... perjalanan yang sungguh menarik. Hari itu kami memulakan sesuatu yang besar, dan harapnya membawa perubahan yang baik kepada dunia ini. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany