Hari ini semua teman-teman sekerja mengadakan jamuan perpisahan dengan SHS. Dia meletakkan jawatan dari kompeni ini dan esok adalah hari terakhir dia bekerja di sini.

Dia agak sebak bila menyampaikan ucapan perpisahan yang ringkas... penuh dengan kenangan-kenangan dia di kompeni ini.

Senior Manager juga menyampaikan ucapan ... dan dapat dirasakan risaunya dia kepada yang lain, takut-takut menyusul langkah yang diambil oleh SHS.

Aku diam sahaja. Entah macam mana, perasaan agak bercampur-campur.

Seolah-olah pihak atasan tidak lagi menghiraukan masalah keinginan pekerjanya untuk pindah, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengekalkan mereka yang ada supaya tinggal lebih lama.

Comments

Popular posts from this blog

Germany