Tadi berjalan-jalan di esplanade bintulu. Indah juga suasana di sana.
Matahari yang terbenam. Keluarga dan anak-anak berjalan-jalan.

Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan remaja bermain skate dan rollerblade.

Salah seorang darinya ialah HFJ. Wah, tidak sangka aku bertemunya di sini.
Sehari yang lalu aku terfikir untuk bertemu dengannya, cuma tidak terlintas bagaimana.
Tuhan yang maha hebat telah menemukannya di sini dalam keadaan yang ku tak terfikir akannya.

Aku menegurnya. Dia membalas. Kami berbual mengenai masa-masa dia di UPSI sana. Seronok dia menceritakan perihal murabbinya semasa dia belajar.

Kemhirannya dalam sukan X dihargai, kerana tidak ramai remaja, malah dewasa pandai main sukan ini, apatah lagi memanfaatkannya untuk mendekati remaja yang berminat sukan X ini.

Dia bersalah takut-takut aku membencinya disebabkan sukan X itu. Tidak salah. Bahkan aku suka bila dia memanfaatkannya untuk menarik remaja-remaja rollerblade dan skate ke arah islam, yang mana aku sendiri tidak mampu.

Moga HFJ berjaya dan diberkati dengan usahanya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany