Aneh ...

Aku mendapati diriku, diri temanku dan diri-diri pekerja-pekerja islam yang bersamaku dan yang bersama yang lain, merasa tidak senang hati dengan mereka dan juga bersama yang lain. Kekadang timbul rasa yang kuurang enak dalam hati yang tidak sepatutnya dirasai...

Sungguh aneh sebab tujuan semua itu dan ini adalah kerana mencari redhaNya!

Aku bertanya kepada pemilik alam ini, mengapa? dan mengapa?

Entah bagaimana, suatu hari aku dan temanku terbaca suatu hadith dari kompilasi 40 imam nawawi. Hadith ini memberikan jawapan kepada perasaan hati dan perbuatan aku, kami dan mereka. Hadith ini membuka fikiranku dan temanku seluas lautan atlantik yang membiru.

Kali ini... setiap kali aku memandang kepada kami dan mereka, dengan gelagat yang bermacam-macam dan berbagai, aku tersenyum seketika. Sesungguhnya tuhan Maha Adil, Maha Saksama dan Maha Bijaksana!

Moga aku, kami dan mereka memahami realiti ini dan menemui redhaNya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany