Bila memerhatikan manusia di tepi masjid jamek, aku memikirkan apa yang ada di kepala mereka yang berjalan.

Ada yang nak pergi kerja.
Ada yang nak naik STAR LRT.
Ada yang nak membeli barang di kawasan masjid india.
Ada yang nak ke Kota Raya.

Setiap satu ada tujuan mereka. Setiap satu sedang bergerak laju menuju ke destinasi mereka.

Namun, mungkin ada yang merayau-rayau, saja-saja berjalan-jalan tanpa ada tempat yang nak dituju.

Namun, ada juga yang duduk-duduk memerhatikan manusia seperti aku.
Mungkin juga ada yang duduk-duduk menantikan kawan atau client mereka di situ.
Mungkin juga ada yang duduk-duduk tanpa apa-apa tujuan.

Seolah suasana di bawah stesen STAR LRT masjid jamek melambangkan kehidupan sendiri. Ada yang tahu ke mana mereka mahu pergi, dan bergerak ke arah itu. Ada yang tidak tahu, tetapi masih bergreak. Malah ada yang tidak bergerak sama sekali.

Moga kita semua mengetahui tujuan kita, kerana tidak ada tujuan lain melainkan satu sahaja ... iaitu .....

Comments

Popular posts from this blog

Germany