Aku melihat ke belakang....seolah-olahnya begitu lah. Terutama selepas berbual dengan seorang teman lama, yang mengingatkan aku zaman aku bersemangat suatu ketika dahulu.

Aku mendapati telah hampir empat tahun berlalu dengan kesedihan yang banyak. Begitu juga dengan kemarahan yang banyak. Tidak kusangka menjadi begini, yang mana aku berubah sedikit berbanding diriku sewaktu di universiti dahulu.

Banyak perkara yang aku biasa buat terhenti sekarang. Malah aku merasakan seolah-olah aku kehilangan sesuatu...

Tadi aku berbual dengan YHY. Kami di kedai makan. Aku meluahkan rasa sedihku sebab tidak balik, dan keadaan ini berulang agak lama ... hampir tiga tahun lebih. YHY senyum sahaja sambil meng'order' nasi goreng kampung dengan telur mata.

'Perkara ini sebentar sahaja!'

Aku senyap. Benar. Semua ini sebentar. Sangat sebentar kalau di'relatif'kan dengan alam akhirat yang infiniti lamanya. Sangat sebentar jika dibandingkan dengan tempoh kita di dunia ini. Seratus tahun pun belum tentu di dunia, tetapi di akhirat tiada had masa hidup, cuma sama ada bahagia di syurga atau celaka di neraka.

Comments

Popular posts from this blog

Germany