Lama tidak menulis. Malah, amat jarang menulis.

Begitu banyak yang berlaku, tetapi tidak pula aku rekodkannya dalam tulisan di sini.

Sedar tak sedar, anakku dah berusia setahun. Alhamdulillah. Tapi, aku terasa sedih juga, kerana hanya menjadi ayah kepadanya selama dua bulan lebih sahaja. Perasaan ini difahami oleh mak, ayah, isteriku dan keluarga terdekat. Beberapa sahabat yang kugelar 'ikhwah', memahami perasaan ini.

Aku kekadang terasa marah, kerana segelintir manusia tidak memahami perasaan ini, walaupun mereka sudah menjadi ayah sekian lama. Mereka menceritakan perihal berkorban, bermatlamat tinggi dan ingin menjadi 'juara dunia', namun kata-kata mereka semuanya kosong, kerana mereka membawa keluarga mereka di sisi mereka, ataupun mereka sering naik kapal terbang untuk menemui keluarga mereka (dan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk bersama keluarga, berbanding aku yang tiada apa).

Ah. Sabarlah.

Marah sahaja tidak menghasilkan apa-apa ....

Comments

Popular posts from this blog

Germany