Hari ini janakuasa 4020 trip. Malah merosakkan sebahagian dari penstabil voltan janakuasa. Seharian aku bersama jurutera-jurutera lain bertungkus lumus untuk menyiasat mengapa dia trip. Orang Teknikal Profesional pun pening kepala mencari punca kejadian itu.

Hampir semua disiplin elektrik terlibat dalam pencarian punca trip ini termasuklah jurutera dari bahagian mekanik dan instrumentasi. Setelah maghrib, baru kami menemui puncanya. Ia adalah kerana kaedah shutdown mark lima yang salah menyebabkan signal yang salah sampai ke janakuasa lalu merosakkan penstabil voltan janakuasa. Jurutera mekanik dan instrumentasi terkejut dengan penemuan ini kerana selama ini mereka berbuat demikian dan tidak menghadapi masalah.

Cuma kali ini mereka tersilap dari segi pelaksnaan prosedur, lalu terjadilah trip itu.

Wah, kesalahan yang kecil mengakibatkan janakuasa trip, dan ramai jurutera elektrik, mekanik dan instrumentasi habis masa seharian mencari puncanya.

Bila aku melihat kepada kehidupan, kekadang kecelakaan yang ditimpakan ke atas kita berpunca dari kesilapan kecil yang kita buat tanpa kita sedari. Selalulah muhasabah dan memohon ampun dari Tuhan supaya dosa kecil itu diampuni lalu hidup kita menjadi lebih bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Germany