Tadi baru siap angkut perabot keluar. Akhirnya tinggal barang-barang kecil sahaja. Kiranya rumah aku kosong. Dah tak ada apa-apa yang besar. Alhamdulillah. Dah selesai satu fasa. Sekarang nak cuci rumah dan buang sampah sarap yang ada dalam rumah.

Tadi aku lihat senario pindah rumah lagi. Kali ini oleh teman yang lain. Yang lain dari apa yang aku rasa khamis lalu. Bagi orang lain, mungkin biasa, tapi bagi hati-hati yang sayang akan jalan ini, ini perkara yang tidak disukai. Di sini aku lihat betapa berharga kefahaman yang kami dapat di sini. Betapa mahal hati yang bersama di jalan ini.

Aku sering teringat akan makcik-makcik kat sini. Aku sedih dan kasihan. Mereka sanggup bersusah demi jalan ini. Mereka dijauhi sebab nak ikut jalan ini. Mereka tak seperti kami, yang mana mereka amat rapat dengan kawan-kawan ... dan pasti amat pedih bila kehilangan kawan kerana nak ikut suruhan tuhan... Yang paling sedih bila mereka bersama dengan teman hidup yang tak mengerti apa yang perlu dibuat di jalan ini ... bagaimana mereka akan istiqamah dan berterusan di jalan ini .... ?

Esok lusa ramai akan balik. Meninggalkan aku keseorangan lagi. Di kampung Clayton ini...

Benar. Selepas ini mungkin aku akan berseorangan. Menghadapi arus kehidupan. Semoga aku masih dapat bertahan sehingga dapat sokongan dari teman seperjuangan.

Comments

Popular posts from this blog

Germany