Semalam ... sewaktu aku menaiki train dari huntingdale ke central ... bersama housemate aku ... terkenang aku akan diriku masa dahulu ....

4 tahun dahulu ... aku teringat . Aku di Sunway. Masa itu aku rasa kejutan amat sangat. Aku keliru dengan suasana. Aku nak jaga pergaulanku. Tapi kawan-kawan semua boleh selamba. Aku keliru. Aku rasa seolah-olah aku seorang sahaja sebegitu. Selama setahun aku menggapai. Mujurlah ada surau di belakang asrama. At least aku dapat solat berjemaah dengan penghuni flat tu (teringat aku kat pakcik tu..). Solat jemaah pun orang seapartment , tak nak buat. Aku agak tertekan dengan suasana yang aku tak mampu nak buat apa dengannya. Aku keseorangan ....

Namun ... seperti kata tuhan, Dia berkuasa kasi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ada seorang yang aku kenal. Betul2 lain dari dahulu. Aku harap dia dapat istiqamah hingga akhir hayat dia. Hmm ... aku pun ....

3 tahun dahulu. Di Normanby House. Tinggal keseorangan. Ada kawan, tapi kawan yang berasal dari Sunway juga. Tapi masa tu seperti Dia ingin jaga aku ... aku ditemukan dengan senior2 yang baik. Alhamdulillah. Dari situ hidup aku diwarnai ....

Tahun ini .. tahun akhir aku. Tidak kusangka aku sampai ke tahap ini. Kursus yang orang ramai gagal ke tahun akhir dalam masa 4 tahun!... dan aku tinggal lagi 2 paper! Thesis pun dah selesai ! ..... pasti ada tujuan aku tiba ke tahap ini.

Tiba di central station. Melbourne central ... yang akan jadi memori kepadaku suatu masa nanti... tempat yang banyak kenangan kepadaku ....

Majlis berbuka puasa berlalu dengan baik. Makanan sedap . Lauk sedap. TApi aku terasa hiba ... terasa sedih . Bila melihat kat junior2 aku ... teringat ... kami pernah solat bersama2 di petrol station . ketika kami travel merentasi Australia bersama-sama ... ketika kami bersusah-susah masak pasta ... masak BBQ di bandar Hay ...

...kini kami dah lalui laluan yang kelihatan sama ... yang mungkin berbeza ...

.. aku sedih , bila terlintas soalan : bila lagi kami akan dapat solat bersama-sama seperti masa itu ? ...

Kamal ... kalau sedih ngan perkara lalu, buat apa! Yang penting kita pandang ke depan dan mula melangkah! Ingatlah, kita nak mengubah sejarah ... bukan nak jadi sebahagian dari sejarah!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Germany