PAgi ni aku miss sahur. Bangun je dah kol 4.50 pagi. Pegi masjid dan solat di sana bersama room mate. Ramai gak orang di masjid. Bestnya bila satu masa nanti subuh orang solat penuh berjemaah seperti solat jumaat. Tatkala itu, umat Islam pasti dikagumi dan disegani oleh umat lain dan ditakuti dan digeruni oleh musuh ....

Bila masa itu? 500 tahun lagi ? 600 tahun lagi ? 1000 tahun lagi ? Sesuatu yang sebegini besar pasti mengambil masa yang lama ... pasti menelan belanja yang besar ... pasti memerlukan banyak tenaga ...

Biarlah jauh ... yang penting langkah yang aku dan temanku ambil pada hari ni dan saat ini. Istiqamahkan kami. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time

Hidayah