Maaf bagi yang menantikan entri. Aku semalam terlalu mengantuk. Aku tertidur semasa cuba mereboot komputer kawanku ini.

Semalam aku bertemu sahabat lama yang datang dari state lain. Dah sekian lama kita bersama. Dah 4 tahun. Dia still akan stay kat sini buat keje dia. Dia dah keje. Aku? Harapnya aku pun keje secepat mungkin. Demi matlamat yang sangat jauh ...

Semalam aku dapat pengajaran. Kekadang, kita terlalu cepat membuat rumusan. Aku rasa terlalu sedih melihat realiti orang lain di sekeliling aku. Aku terlalu sedih bila lihat adik-adik aku yang tak faham akan batas pergaulan. Aku sedih melihat mereka susah menerima. Namun, hidayah tu kan kerja tuhan. Kemenangan tu pun keje tuhan. Keje kita ? Berusaha. Berusaha dan berusaha .... Jadi, kamal ... jangan putus asa dan bersedih bila balik ke Malaysia ye. Doakan agar mereka dibukakan hati dan diberi hidayah satu masa nanti. Semoga mereka lebih baik dari aku dan generasi aku sendiri ...

Semalam juga sahabat aku gelak kat aku. Ehe . Sebab aku dah mula nampak orang lain sebagai orang lain. Kena penyakit lak aku ni. Dulu aku gelak kat dia. Ehe . Kan sekarang dah dibalas .

Kamal, kalau kau nak bertemu ngan seseorang, kau belum tentu dapat bertemu dengan dia. Tapi kalau kau nak jumpa Allah, Dia sentiasa available dan kau boleh jumpa Dia bila-bila masa!

Oh .. sekarang aku kat rumah kawan kat Kiewa. Lama tak singgah kat sini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany