Sahabat. Bersabarlah. Kekadang kita merasakan kita berada dalam satu kesusahan yang amat sangat. Kekadang kita merasakan seolah-olah tiada harapan lagi.

Aku bertadarus tadi. Kat beddoe. Baca surah al-kahfi. Surah ni turun masa nabi dan sahabat kena siksaan sangat hebat. Surah ini ada kisah pasal nabi Musa dan nabi Khaidir. Ada kisah pasal Dzulqarnain (Zulkarnain). Ada kisah ashabul kahfi. Semua tu berkait rapat dengan sebab turunnya surah ni.

Tersentuh bila baca surah ni. Kisah nabi musa tu banyak beri pengajaran (surah ke 18: ayat 60 - 82). ... kita tak tahu apa di sebalik sesuatu. Kita hanya nampak apa yang di hadapan kita. Kekadang ada sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, cuma kita tak tahu sahaja..... sebab masa surah tu turun ... sahabat nabi dah teruk kena siksa ....

Jadi ... sabarlah. Andaikata kita tak tahan. Andaikata kita sakit. Andaikata kita luka. Andaikata kita hampir nak putus asa. Pesanlah kepada diri. Pesanlah kepada hati ... bersabarlah . Barangkali kita kena bersabar sedikit sahaja lagi. Barangkali kita akan diberi sesuatu yang lebih baik selepas ini!

Comments

Popular posts from this blog

Germany