Semalam tidur kat masjid. Alhamdulillah, dapat gak subuh kat sana. Kebelakangan ni aku seolah-olah tidak berapa tinggal kat rumah. Esok lusa mungkin aku terus tak masuk ke dalam rumah. Beg dah siap kemas. Cuma tunggu untuk diangkut je. Hari ni genap seminggu lagi nak balik.

Semalam juga kawan aku ajak ke rumah dia. Dia tamat ECSE tahun depan. Ehe .. malangnya kawan aku laki je. Mereka juga tak percaya .. aku berkawan ngan laki sahaja selama jadi student kat Monash ni. Tak ada GF . Tak ada awek cam mereka semua. Malah mereka nak carikan lak untuk aku. He he ... tak rugi jaga pergaulan kat sini. Alhamdulillah, walaupun study group aku sumer laki, kami still boleh study sama-sama. Boleh enjoy apa yang dipelajari sama-sama. Boleh gurau sama-sama. Alhamdulillah, kalau result kali ni ok... aku memecahkan rekod senior-senior ECSE - completion in 4 years!

Dulu teringat aku ... bila aku lihat student-student medic kat uni sini. Mereka datang batch laki pompuan. Study pun kena laki pompuan. Mungkin mereka bermasalah bila study laki laki sahaja atau perempuan perempuan sahaja. Dulu aku ingat aku yang pelik ...sebab aku stadi sama orang laki saja (hmm .. dalam ECSE tak ramai pompuan, kalau ada pun, tak dapat join group aku sebab mereka kata aku 'takut' bila cakap ngan mereka) .. dan aku ni susah nak bersembang 'mesra' ngan perempuan...

Benar. Dalam al-quran kalau kita cari betul-betul, kita dapati bahawa Dia menyuruh kita jaga pandangan,pergaulan semata-mata untuk menjaga kesucian hati ... semata-mata untuk menjaga ketenangan hati ... dalam erti kata lain, untuk hati kita. Bila aku kenang balik, alhamdulillah. Tak rasa rugi selama ini macam ni pergaulan aku.

Susah nak buat ... sebab orang lain tak buat. Tapi kita buat bukan kerana orang , kita buat kerana islam ;)

Insya-Allah, lepas ni wanita yang aku selesa bersembang, bergurau selepas mak dan adik-adik perempuan aku ialah isteri aku. Semoga kami akan kuat-menguatkan dalam menghadapi arus kehidupan .. dan saling melengkapkan dalam beristiqamah di jalan ini.

Ehe .. ramai lak kasi semangat pasal 'tangga seterusnya' :). Terima kasih ...

Comments

Popular posts from this blog

Germany