Berpagi-pagi! Wah. Nyaris miss sahur. Aku terbangun dalam 15 minit sebelum subuh. Alhamdulillah. Sempat gak makan dan minum. Alhamdulillah, sempat jemaah subuh juga.

Dalam perjalanan ke masjid ... teringat aku akan kawan-kawanku. Ramai orang yang datang bersamaku ke bumi kanggaru ini. Kalau ikutkan agak ramai . Dalam 60 orang satu gerombolan. Yang bersama ke daerah ini hanya 20 lebih.

Kami dah final year. Dah nak tamat pengajian di sini. Selepas ni kalau diizinkan Allah, dapatla bekerja . Seterusnya berkeluarga. Seterusnya ....

Bila difikirkan ... di sinilah bermulanya segala yang akan meninggalkan kesan yang lama. Andaikata di sini kita bina kefahaman terhadap cara hidup yang sebenar. Andaikata di sini kita mengenali dan bergaul dengan manusia yang memiliki hati - hati dan jiwa yang sayang terhadap jalan yang diambil oleh kekasih Dia .... alangkah beruntungnya. Belum tentu kita akan dapat peluang ini bila kita bekerja nanti ....

Aku terfikir sejenak. Andaikata aku tak mahu mendalami kefahaman aku di sini. Andaikata aku layan perasaan ego aku . Andaikata aku merasakan aku boleh hidup sendiri, boleh beribadah sendiri,tak perlu bersusah payah seperti orang lain .... aku takut tak jadi seperti diriku hari ini. Aku takut aku akan jadi seperti mereka yang hanya hilang dalam sejarah. Aku takut menjadi seperti mereka yang tak membawa apa-apa makna kepada manusia di dunia. Aku takut aku tidak menjadi salah satu binaan yang akan membina kegemilangan yang pasti terbina semula 600 tahun akan datang ....

Begitu bernilai apa yang diberikan kepadaku. Benarlah. Patutlah antara golongan yang mendapat naungan di mana tiada naungan di hari kiamat ... pemuda yang beramal di masa mudanya dan orang yang bertemu dan berpisah kerana-Nya.

Wahai tuhanku, terima kasih. Istiqamahkan aku dan kawanku di jalan ini. Bukakan hati mereka yang masih belum memahami ....

Comments

Popular posts from this blog

Germany