Sekian lama aku tak berasa macam ni. Aku down. Bila sejuta perasaan mula bercampur di saat ini. Bila sejuta masalah bercampur di saat ini. Terasa tiada semangat. Tak mahu buat apa-apa. Yang tinggal hanyalah satu benda dalam jiwa. Satu benda yang minta aku untuk bertahan walaupun dah tak ada semangat. Benda amat bernilai. Benda ni tinggal kat hati ... dan sedang pujuk hati ini ....

Sekarang ni yang menggerakkan jasad seolah-olah bukan jiwa aku, tapi benda ni.

Bersabarlah. Mungkin bukan sedikit. Mungkin kali ni banyak. Tapi, bersabar. Dia memerhatikan kau. Dia tak lupakan kau.

OK. Asar dah dekat. Jom jumpa Dia lagi....

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time

Hidayah