Semalam pada awal pagi, ada yang menyangka jalan akan jem teruk ...
lalu mereka tidak keluar rumah.
Semalam juga, ada yang merasakan mungkin akan berlaku huru-hara di
Kuala Lumpur dan membinasakan negara.

Namun, jem teruk tidak berlaku pada awal pagi. Tiada kereta di lebuh
raya Duke dan NKVE. Tapi ada di beberapa jalan ke KL seperti LDP
puchong dan Sunway.

Pejabat dan kedai di dalam KL tutup. Jalan TAR yang sibuk jadi
lengang. Sogo yang selalu ramai orang pun jadi lengang.

Begitu ramai yang turun ke KL walaupun berjalan jauh. Tak ramai yang
berbaju kuning. Hanya segelintir, jika dibandingkan dengan mereka yang
ada.
Ada yang tidak turun, sama ada kurang berani, atau terikat dengan
arahan pegawai atasan yang sudah memberi briefing hari sebelumnya.
Sedaraku juga berkongsi "Nak tengok pun merupakan kesalahan..!"

KL seolah banjir dengan lautan dan ombak manusia. Hal ini tidak
diceritakan di dalam berita dan media utama. Mereka hanya mengatakan
ribuan sahaja yang ada... walhal lautan itu mengandungi puluhan ribu.
Ada kawan yang memerhatikan di tempat kejadian, merasa kagum dengan
koordinasi sukarelawan dari pelbagai pihak. Juga merasa marah dengan
tindakan pihak penjaga 'keselamatan' yang berbaju biru dan merah,
menembak air dan gas direct ke arah orang awam, termasuk kanak-kanak.
Ada yang ditangkap, tetapi dilayan baik di tempat tangkapan (seperti
kenduri ... menurut media utama).

Suatu suasana yang luar biasa. Ramai betul yang bersimpati dan juga
menyokong tuntutan gelombang kuning ini.

Alhamdulillah, tiada kekecohan dan huru-hara seperti yang dijangka dan
dicerita oleh media semasa...

Semoga ia menjadi satu batu asas bagi kesejahteraan dan keadilan
manusia dan rakyat di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany