Accident

Hari isnin baru ni,avanza aku terbabas lalu melanggar divider tengah. Ia berlaku jam 8+ pagi selepas tol sri jaya. Aku pergi ke balai polis gambang kerana menyangka ia di bawah daerah gambang. Aku perlu buat laporan untuk insurans nanti. Calar di bahagian kanan teruk juga. Polis gambang mencadangkan untuk pergi ke IPD Kuantan sebab polis trafik ada di sana.

Aku ke kuantan. Balai polis trafik terletak di belakang hospital kuantan. Mereka kata kawasan yang aku kemalangan mungkin terletak di bawah maran. Aku pergi masuk highway dan check apa kilometer yang tertulis untuk kepastian. Ia adalah 187-189. Aku juga perasan ada papan tanda polis menunjukkan ia di bawah maran.

Aku ke IPD Maran dan membuat laporan. Mereka membuat laporan dan mengambil gambar.

Lepas tu aku balik Temerloh utk urusan insurans. Rupanya diperlukan polisi insurans, ic, driving licence, geran kereta dan repot polis untuk urusan claim ini. Ayah dan Albert, ejen toyota membantuku utk urusan claim ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

Germany