Kesatuan prinsip dan warna

Bersatu atas prinsip lebih kuat, bertenaga dan membawa perubahan berbandin kesatuan berasaskan warna kulit.


Prinsip itu akan menguatkan lagi jika ia adalah aqidah islam yang sejahtera. Ia pernah terbukti di masa lalu yang mana generasi hebat dari masa itu bersatu, walau bangsa berbeza. Mereka sanggup mati untuk prinsip itu.


Jika bersatu atas warna kulit, tak kiralah warna sawo matang melayu atau hitam berkilat negro atau hitam selerti gagak di atas,ia belum tentu berjaya. Ini kerana prinsip yang dipegang mungkin berbeza, malah dicampur dengan kepentingan peribadi yang akan memecahkan kembali kesatuan yang berasaskan warna kulit itu!


Oleh itu, bersatulah atas dasar prinsip. Sama-samalah mantapkan kefahaman kita supaya prinsip kita menjadi jelas.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Comments

Popular posts from this blog

Germany