Kini aku akan lebih kerap ke Kerteh. Di sana ada projek besar oleh syarikat ini. Aku disuruh untuk membantu lead engineer dalam design dan engineering sehingga raya ini.

Aku kembali kepada mode berulang alik ... sebagaimana apa yang aku rasa di bintulu. Cuma kali ini aku diberi pampasan sedikit, dan dapat balik melalui jalan darat (i.e. kereta), berbanding dahulu yang tiada apa-apa, kena keluar duit sendiri untuk travel dan juga hanya boleh melalui kapal terbang. Hal itu menjadikan aku bersyukur.

Cabaran keadaan ini ialah program hari biasa di kawasan SJ sukar untuk aku sertai, terutamanya perjumpaan untuk anak buah. Malah perjumpaan untuk diri sendiri pun sukar bertemu juga, kerana hujung minggu selalunya diisi program mencari orang dan juga membentuk minda.

Naqib aku menasihati 'pastikan hafalan dan quran dibaca, matsurat juga!'.

Ya, bila keadaan sebegini, ada harapan serigala akan memakan kambing ini yang berseorang diri. Kecualilah kambing itu mencari kawanannya di padang ragut yang baru.

Comments

Popular posts from this blog

Germany