Di manakah negara itu?

Negara yang aman dan sejahtera sekitarnya.

Orang kayanya bersyukur dengan bersedekah, berzakat, berinfaq ...
Orang miskinnya bersabar, berusaha dan berpada .. Zakat bertambah dan digunakan untuk membantu sang miskin berusaha, lalu ia keluar dari kemiskinannya...

Negara yang pemudanya sedar jadi diri sebenarnya..
Mereka diberikan program yang menghidupkan jiwa mereka, bukan mematikan, melalaikan dan menghilangkan nilai akal mereka.

Negara yang TV, internet dan semua media yang ada ... mengingatkan penduduknya akan siapa diri mereka di sisi Pencipta, juga membangkitkan semangat mereka untuk mempertingkatkan diri dan berbekal untuk dunia dan akhirat...

Negara yang memartabatkan wanita.. menghargai kecantikan mereka ... menghargai diri mereka.. dengan memberikan mindset yang benar hakikat nilai berdasarkan nilai-nilai Ilahi, bukan berdasarkan nilai-nilai nafsu yang penuh manipulasi...

Negara yang perniagaan berasaskan keadilan kepada pembeli, penjual dan pelabur. Ia tidak memanipulasikan kontrak-kontrak untuk kroni dan anak bini. Perbelanjaan masuk dan keluar dijaga supaya tidak membazir dan juga tidak bakhil.

Negara yang budayanya baik, menghargai asal-usul setiap bangsa, dan kemuliaan diletakkan seperti yang digariskan dalam alQuran, iaitu ketaqwaan dan solehnya amalan.

Negara yang maju materialnya, dan tinggi nilai akhlak dan taqwanya...

Di manakah negara itu?

Ia pernah ada suatu ketika dahulu. Ia tidak dibina sehari dua, tetapi 600 tahun lamanya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany