Coretan dalam fb utk pelajar yang berusrah denganku :

Salam,
Setelah sekian masa bercuti, mari kita renung sebentar ...
Dalam sehari dalam cuti kita, berapa lama kita spend masa utk 'diri kita'?
...
...
'diri kita' di sini ialah hati dan ruh yang ada dalam diri kita ... betul kan?
...
Cuba kita lihat, apa aktiviti yang kita buat, hasilnya akan memberi kesan kepada hati kita? Cuba kita lihat ... selepas main game beberapa jam, ,duduk depan TV layan astro selama beberapa jam, bersiar-siar di shopping mall, hati kita merasa best? tenang?
....
Kita akan dapati, kebanyakan benda yang kita buat, kita akan cuba buat perkara yang akan menyebabkan kita merasa seronok. Betul, kan?
Kekadang, kita lupa, perkara seronok itu akan memberi kesan kepada kepada hati kita.
Hati kita seronok pada awalnya... tapi selepas benda seronok itu habis, ia akan rasa kosong, malah kekadang tidak keruan, tenteram dan kelam kabut...
...
Malah jika ia berulang-ulang dalam hidup kita, kita akan sampai ke satu tahap yang mana kita merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam hidup...
...
Jadi, apa yang harus kita buat?
...
Allah dah ajar kepada kita dalam alQuran "... dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang..".
..
Adakah dengan berzikir sepanjang hari? Tak semestinya. Kita perlu review balik semua aktiviti yang telah kita buat dan yang kita rancang untuk cuti ini. Jadikan ia direct atau indirectly menjadikan kita ingat kat Allah.
..
Cadangan?
..
Banyak! Masa cuti ini, boleh start dengan baca buku yang berkaitan dengan islam, atau cari blog2 ustaz (eg. ust Zaharuddin, Dr DanialZ), atau blog2 NGO islam (e.g. IKRAM, MACMA, JIM, etc), atau spend masa maghrib kat surau yang ada ceramah, atau dengar ceramah rakaman (e.g. ust Azhar yg famous tu) .... dan sesekali, baca al-quran (dengan terjemahannya) ....
..
Kita cuba start dengan yang itu ... moga hati kita boleh jadi segar masa cuti yang tak seberapa panjang ini :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany